Merawat masalah prostat

07/04/2015 08:58

Kelenjar prostat adalah salah satu organ daripada sistem pembiakan lelaki yang bersaiz sebesar kacang. Ia berkedudukan mengelilingi uretra iaitu satu tiub yang menghubungkan antara pundi kencing dan zakar. Prostat mengandungi tisu berserat, tisu berotot dan juga kelenjar.


Fungsi kelenjar prostat adalah:

    mengawal pembuangan air kencing
    mengeluarkan sebahagian cecair dalam air mani

Sekiranya anda mengalami simptom-simptom seperti di bawah maknanya anda mempunyai masalah prostat:

    sukar untuk kencing
    sukar untuk berhentikan aliran air kencing
    mengambil masa untuk kecing kerana air kencing lemah
    air kencing masih menitis walaupun sudah selesai buang air kencing
    sering berasa ingin kencing di waktu siang (berbeza dengan minum air dengan banyak)
    sering bangun malam untuk kencing
    kencing dalam keadaan tergesa-gesa
    kencing tidak puas
    terasa sakit atau pedih ketika kencing
    kencing berdarah
    gangguan pada organ seks dan nafsu seks

Merawat masalah prostat dengan rawatan akupunktur

Rawatan akupunktur dilakukan bagi masalah prostat bagi melancarkan pengaliran darah, mengaktifkan saraf di kawasan prostat, melawaskan kencing dan mengurangkan kesakitan ketika kencing.

Titik-titik asas yang digunakan bagi merawat masalah prostat seperti terdapat di dalam buku "Cara Lebih Mudah Menemukan Titik Terapi Acupoint, Petunjuk Praktis Akupuntur" karangan Isa Alamsyah adalah:

1. Titik akupunktur Guanyuan REN-4

Titik akupunktur Guanyuan REN-4
Khasiat titik ini adalah ianya sangat bagus untuk impotensi, kencing malam, badan lemah, sakit bawah perut, sakit ketika haid, keputihan dan hernia.

2. Titik akupunktur Zhongji REN-3

Titik akupunktur Zhongji REN-3
Sifat: menyembuhkan penyakit kelamin
Khasiat titik ini adalah sangat bagus untuk kencing kurang atau terlalu kerap kencing, sakit pada organ seks, sakit bawah perut, haid tidak teratur, keputihan, beser mani dan kencing malam .

3. Titik akupunktur Yilingquan SP-9

Titik akupunktur Yilingquan SP-9

Sifat: Mengatur limpa dan buah pinggang, hilangkan kesumbatan kerana lembab, membuang penyakit angin dan sejuk.
Khasiat titik ini sangat elok bagi merawat radang usus, kurang selera makan, kencing tidak terkawal, kencing sedikit dan sakit lutut.

4. Titik akupunktur Ligou LIV-5

Titik akupunktur Ligou LIV-5

Khasiat: impotensi, sakit pada zakar, hernia, gangguan alat kelamin, haid tidak teratur, masalah kencing, sakit kaki.

5. Titik akupunktur Dadun LIV-1

Titik akupunktur Dadun LIV-1

Sifat: mengawal pengaliran darah
Khasiat: hernia, sakit pada zakar, pendarahan pada rahim, kencing berdarah dan kencing malam.

Merawat masalah prostat dengan pembetulan tulang belakang

Saraf di tulang pinggang yang bersambung dengan kelenjar prostat adalah tulang lumbar ke-4. Jika anda mengalami masalah sakit pinggang kemungkinan ianya adalah punca kepada masalah prostat. Oleh itu rawatan pembetulan tulang belakang yang menumpukan pada tulang lumbar. Otot di kawasan pinggang juga diregangkan bagi melegakan kesakitan.

Untuk masalah zakar anda bolehlah menggunakan Seluar Dalam Bio Magnet sebagai rawatan alternatif.

Back

© 2015 All rights reserved.

Make a free websiteWebnode