MATI PUCUK ATAU KEGAGALAN EREKSI: BOLEHKAN DIATASI?

06/21/2015 12:51

APA ITU MATI PUCUK?

Mati pucuk ialah keadaan dimana tidak berupaya untuk memperolehi atau mengekalkan ketegangan yang cukup lama untuk mencapai kepuasan seks. (erectile disfunction)

 

APAKAH PUNCA MATI PUCUK?

Sebab-sebab mati pucuk:

  • Masalah perubatan seperti diabetes dan tekanan darah tinggi yang boleh menyempitkan saluran darah (arteriosclerosis)
  • Penyakit mental seperti kemurungan dan kebimbangan
  • Kecederaan pada otak dan saraf tunjang
  • Masalah hormon seperti kekurangan paras testosterone yang rendah
  • Kegagalan hati dan buah pinggang
  • Penyakit Parkinson
  • Angin ahmar
  • Komplikasi pembedahan kelenjar prostat atau pundi kencing (jarang berlaku)
  • Kesan sampingan ubat-ubatan

Mati pucuk juga berkaitan dengan tabiat merokok, minum alkohol, stres, kegemukan (obesiti) dan kurang aktiviti fizikal.

 

APAKAH SIMPTOM MATI PUCUK?

 

  • Ketidakupayaan untuk memperolehi dan mengekalkan ketegangan
  • Ketegangan tidak mencukupi untuk penetrasi dalam hubungan seks
  • Ketidakupayaan dalam mengekalkan ketegangan selepas penetrasi untuk mencapai kepuasan hubungan seks
  •  

BOLEHKAN DIATASI? 

Rawatan terhadap masalah ini boleh dilakukan secara pengambilan ubat-ubatan atau tidak. Contohnya, anda boleh mendapatkan suntikan, pil atau mungkin implan dihospital bagi membantu masalah ini. Terdapat juga cara yang tidak memerlukan ubat-ubatan, iaitu mula mengubah cara hidup dan amalkan cara hidup sihat:

  1. Berhenti Merokok
  2. Mengurangkan berat badan yang berlebihan
  3. Meningkatkan aktiviti fizikal
  4. Masalah mati pucuk akan bertambah baik jika penyakit diabetes atau tekanan darah tinggi terkawal.
  5. Pengurusan stres

 

HIGH UP MAN PUMP - Pam Vakum Memanjangkan, Membesarkan & Menguatkan Zakar Lelaki Dengan Cepat & Berkesan

Back

© 2015 All rights reserved.

Create a free websiteWebnode